Thursday, 5 September 2013

Pembersih Muka Berbuih Yang Menyegarkan


ECLAIRE Cellnergic Refreshing Facial Foaming Cleanser:   
Pembersih muka berbuih lembut yang diformulasi dengan Hydrolyzed Atlantic Fish Collagen yang berkualiti tinggi, antioksida semulajadi Vitamin E Tocotrienol yang poten, ekstrak botanikal dan minyak pokok teh atau Tea Tree membantu membersihkan kekotoran dari kulit dengan sempurna di samping membekalkan nutrien penting, mencerahkan dan memberikan kelembapan pada kulit.
Ekstrak Licorice @ Liquorice @ Glycyrrhiza Glabra mengandungi komponen antioksida dan anti keradangan seperti glycosides-glycyrrhizin dan asid glycyrrizinic, flavonoid dan saponin. Ekstrak Licorice juga membantu mencerahkan kulit anda secara semulajadi. Glabridin di dalam Licorice menghalang pembentukan melanin dengan menghalang aktiviti tyrosinase.

Oleh itu, Ekstrak Licorice dapat melindungi kulit dari kesan buruk radikal bebas, mengurangkan bintik hitam, pigmentasi, mengurangkan atau melegakan keradangan kulit dan mencerahkan kulit secara semulajadi. 

Minyak Pokok Teh @ Tea Tree @ Melaleuca Alternifolia mengandungi Terpinen-4-ol bertindak sebagai antiseptik semulajadi membantu merawat wajah anda dan membantu mengurangkan jerawat. Komponen utama  Terpinen-4-ol adalah aktif menentang bakteria dan fungus merbahaya tanpa mengganggu microorganisma semulajadi kulit.

Selain daripada Terpinen-4-ol, Minyak Tea Tree juga mengandungi alpha- dan gamma-terpinene,1,8-cineole, alpha-terpinolene, alpha-terpineol, alpha-pinene dan p-cymene.

Minyak Tea Tree juga didapati dapat menghalang pertumbuhan kulat seperti Candida Albican pada kulit.
Sila lihat http://mcrefinebeauty.blogspot.com/2013/09/refine-eclaire-cellnergic-untuk-kulit.html untuk maklumat lanjut tentang kebaikan kolagen dan Vitamin E semulajadi Tocotrienol.

Dengan penggunaan harian Pembersih Muka Berbuih ECLAIRE Cellnergic Yang Menyegarkan, kulit anda tampak lebih cerah, bersih, lembut dan licin.

No comments:

Post a Comment