Wednesday, 11 September 2013

Kepentingan penyegar muka ÉCLAIRÉ Cellnergic

ECLAIRE Cellnergic Renewal Facial Toner:
Penyegar muka @ Toner ECLAIRE Cellnergic ini diformulasikan dengan begitu sempurna untuk melegakan, menyegarkan, mengecilkan pori-pori kulit, menanggalkan sisa-sisa kekotoran yang masih tertinggal semasa mencuci muka, merawat kulit di samping membekalkan nutrien penting untuk kesihatan kulit. Ianya dapat mengelakkan kehilangan kelembapan dari kulit dan dapat mengekalkan kelembapan di permukaan atas kulit. Kulit tampak lebih segar, tegang dan awet muda.

Diformulasi dengan Ekstrak Mentimun atau Cucumis Sativus untuk melegakan, menyejukkan, menyegarkan dan memulihkan kulit. Mentimun kaya dengan vitamin terutamanya antioksida vitamin A, C dan E. Antioksida di dalam mentimun membantu mengurangkan kesan buruk dari radikal bebas. Vitamin C membantu membantu meningkatkan fiber kolagen pada lapisan dermis, mengurangkan garis halus, kedutan dan parut. Dengan peningkatan kolagen, keadaan hidrasi di dermis dipertingkatkan. Mentimun membantu melembapkan kulit.  Mentimun juga dapat menyegarkan, membantu melegakan dan merawat iritasi kulit.  Cucurbitacin D dan 23, 24-dihydrocucurbitacin D yang terkandung di dalam ekstrak mentimun juga boleh menghalang tyrosinase dan pembentukan melanin.


Lidah Buaya atau Aloe Vera atau Aloe Barbadensis mengandungi 75 komponen aktif iaitu vitamin, enzim, bahan mineral (kalsium kromium, copper, selenium, magnesium, manganese, potasium, sodium dan zinc), gula (monosaccharides (glukos dan fruktos) dan polysaccharides: (glucomannans/polymannose)), lignin, saponin, asid salisilik dan asid amino. Aloe Vera mengandungi antioksida Vitamin A (Beta Carotene), C, E dan Selenium. Ianya juga mengandungi Vitamin B12, asid folik dan choline. Enzim Bradykinase yang terkandung di dalam Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan apabila disapu pada kulit. Aloe Vera juga mengandungi alprogen (glycoprotein yang berfungsi sebagai anti alergi) dan C-glucosyl chromone (anti keradangan). Aloin dan emodin yang terkandung di dalam Aloe Vera pula berfungsi sebagai anti bakteria. Asid lemak seperti campesterol, β-sisosterol dan lupeol juga mempunyai fungsi anti keradangan. Lupeol pula mempunyai fungsi antiseptik dan analgesik. Auxin dan gibberellin yang terkandung di dalam Aoe Vera dapat membantu menyembuhkan luka dan juga mempunyai fungsi anti keradangan. Aloe Vera adalah sangat penting kerana ianya membekalkan kebanyakan asid amino yang sangat diperlukan.
 

Panthenol juga dikenali sebagai provitamin of vitamin B5.  Ia dapat membekalkan nutrien kepada sel kulit dan mempertingkatkan rejuvenasi sel. Ia membantu mengurangkan kekedutan dan penuaan kulit. Panthenol dapat meresap ke dalam kulit dengan mudah, mengekalkan kelembapan kulit selepas pencucian dan mempertingkatkan keadaan kulit.  Kekurangan panthenol memberi kesan negatif pada kulit: pengurangan penegangan, proses penuaan dipercepatkan dan menyebabkan kekedutan;
Panthenol
Peningkatan usia boleh menurunkan kadar kelembapan kulit yang akan menyebabkan kekurangan penegangan kulit dan kesan penuaan akan kelihatan. Asid Hyaluronik memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kulit dengan keupayaan uniknya untuk mengekalkan kelembapan kulit. Asid Hyaluronik amat penting untuk pembaikian dan perlindungan tisu kulit. Ia mempertingkatkan sintesis kolagen, keanjalan dan kelembapan kulit. Kulit kelihatan lebih muda. Asid Hyaluronik melindungi kulit dari cahaya UVB. Asid Hyaluronik juga dapat membantu penyerapan Vitamin C.
Sila lihat http://mcrefinebeauty.blogspot.com/2013/09/refine-eclaire-cellnergic-untuk-kulit.html untuk maklumat lanjut tentang kebaikan kolagen dan Vitamin E semulajadi Tocotrienol.

No comments:

Post a Comment