Sebelum menggunakan ubat atau memulakan sebarang rawatan:
Lebih afdal baca bismillahirrahmanirrahim.
Selepas itu baca Surah Al Fatihah sebanyak 7 kali,
diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 11 kali.
Selepas itu niatkan hajat diiringi dengan bacaan doa.
Mulakan rawatan atau gunakan ubat sambil membaca
Bismillahir Rahmanir Rahiim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang), Bismillahish Shaafii (Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan),
Bismillahil Kaafi (Dengan nama Allah Yang Mencukupkan),
Bismillahil Mu'aafii (Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik),
Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i wa huwas samii'un `alim (Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudharatan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui).
Bacakan seberapa banyak yang boleh. InsyaAllah. Amin..
No comments:
Post a Comment