Thursday 12 September 2013

Krim muka siang VS Krim muka malam

Apakah bezanya krim muka siang dan krim muka malam? Merawat kulit bukan hanya pada waktu siang sahaja. Kulit masih memerlukan perawatan pada malam hari. Pada malam hari ketika anda tidur itulah masa yang amat penting untuk pembaikian sel-sel kulit. Perbezaan utama antara dua krim ini ialah krim muka siang mengandungi bahan yang melindungi kulit dari sinar ultra violet.  Krim malam pula akan bertindak dengan lebih optimum untuk memperbaiki sel-sel kulit pada waktu malam. Perbezaan antara krim siang dan krim malam juga adalah di dalam kegunaan dan fungsinya.

ÉCLAIRÉ Cellnergic Active Youth Perfection Day Cream with SPF

Krim muka siang ini yang mengandungi SPF melindungi dan mengekalkan kandungan kelembapan kulit.
Diformulasikan dengan  antioksida vitamin E semulajadi Tocotrienol yang poten, Hydrolyzed Atlantic Fish Collagen yang berkualiti tinggi serta ekstrak pokok lidah buaya @ aloe vera,  memberikan nutrisi dan mengurangkan kesan penuaan pramatang.
Krim muka siang ini membantu memudarkan garis-garis halus, kekedutan, parut, pigmentasi, bintik hitam dan menganjalkan kulit di samping melindungi kulit dari kesan merbahaya dan kesan kerosakan radikal bebas dan cahaya UV atau kesan panas terik cahaya matahari.  
Kulit kelihatan lembut, tona sekata dan lebih sihat bersinar.

* Untuk kulit normal dan kering.

ÉCLAIRÉ Cellnergic Active Repair Night Cream

Krim muka malam berfungsi untuk membekalkan nutrisi penting kepada kulit, melembapkan kulit secara intensif, merawat dan memperbaiki sel-sel kulit sewaktu anda tidur.
Krim yang diformulasi secara istimewa ini diperkayakan dengan antioksida vitamin E semulajadi Tocotrienol yang poten, Hydrolyzed Atlantic Fish Collagen yang berkualiti tinggi dan ekstrak botanikal membantu melembapkan, menegangkan kulit dan mengurangkan tanda penuaan. 
Krim malam ini memudarkan garis-garis halus, kekedutan, parut, pigmentasi, bintik hitam, Di samping itu, ianya diformulasikan dengan ekstrak mentimun yang menyegarkan, menyejukkan dan melegakan kulit sewaktu anda sedang tidur.
Bangun pada keesokan pagi dengan rasa yang lebih segar, kulit tampak lebih tegang, lembut, bersinar dan awet muda!

No comments:

Post a Comment