Thursday 12 September 2013

Kebaikan Ekstrak Aloe Vera @ Aloe Barbadensis di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik

Lidah Buaya atau Aloe Vera atau Aloe Barbadensis mengandungi 75 komponen aktif iaitu vitamin, enzim, bahan mineral (kalsium kromium, copper, selenium, magnesium, manganese, potasium, sodium dan zinc), gula (monosaccharides (glukos dan fruktos) dan polysaccharides: (glucomannans/polymannose)), lignin, saponin, asid salisilik dan asid amino

 

Aloe Vera mengandungi antioksida Vitamin A (Beta Carotene), C, E dan Selenium. Ianya juga mengandungi Vitamin B12, asid folik dan choline

 

Enzim Bradykinase yang terkandung di dalam Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan apabila disapu pada kulit. Aloe Vera juga mengandungi alprogen (glycoprotein yang berfungsi sebagai anti alergi) dan C-glucosyl chromone (anti keradangan). Aloin dan emodin yang terkandung di dalam Aloe Vera pula berfungsi sebagai anti bakteria. Asid lemak seperti campesterol, β-sisosterol dan lupeol juga mempunyai fungsi anti keradangan. Lupeol pula mempunyai fungsi antiseptik dan analgesik. Auxin dan gibberellin yang terkandung di dalam Aoe Vera dapat membantu menyembuhkan luka dan juga mempunyai fungsi anti keradangan. 

 

Aloe Vera adalah sangat penting kerana ianya membekalkan kebanyakan asid amino yang sangat diperlukan.

 

No comments:

Post a Comment